Pages

Tuesday, May 24, 2011

Lelaki itu sayu berdiri

deringan jam lonceng membingitkan telinganya tatkala sedang enak dibuai mimpi2 enak berbaur basah. Dia bangun menatap jam loncengnya, tepat pukul 7 pagi, dia bangkit dengan bersemangat dan benda pertama yang dicari merupakan sebuah komputer meja yang terletak tidak jauh dari katil satu tingkat nya.
Dia sangat tekun mengamati setiap satu patah perkataan yang di bacanya di skrin Lcd komputer nya dan tiba2 dia tersentap muka nya pucat dan hati nya sayu..dia meninggalkan komputer nya lalu duduk bersimpul di katil nya seolah-olah memikirkan sesuatu yang tidak dapat dicapainya. Fikirannya melayang tidak dapat berfikir dengan waras hingga hampir menghidap penyakit migrain.Dia berdiri sambil tidak tahu utk melakukan apa2 lagi dan mujurlah dia tidak berfikir utk membunuh diri. Dia masih berdiri sambil menatap skrin lcd komputer yang belum di tutup nya lagi. Dia masih berdiri dengan sayu dan hati yang dirobek.
sebenarnya dia gagal dalam persaingan hidup nya sendiri. Dia gagal memperoleh apa yang dia mahu peroleh. Dia malu dengan masa lampau nya. Kegagalan telah dia capai dan kegagalan ini membuatkan dia betul berasa kecewa tidak seperti kegagalan yang lepas.
Mungkin kegagalan ini telah mengajar dia sebuah erti kehidupan.
Kegagalan ini telah membuatkn dia berfikir secara dewasa.
Lelaki ini benar2 sedar dengan dunia yang sedang dilaluinya.
Lelaki ini berjanji pada dirinya sendiri akan terus berusaha mencapai matlamatnya.


lelaki ini adalah aku di pagi tadi masa aku check result exam sem lepas. alhamdulilah ak lulus semua tapi pointer tidak sedikit pown membangakan aku. i accept my fate. gagal sekali x bermakna gagal selamanya.

4 comments: