bersama-sama lh kita mempertahankan gaza dan umat islam di sana
Pemerintah Israel memperingatkan bahwa mereka akan menghalang kontingen armada kapal yang membawa bantuan bahan bangunan dan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Gaza.
"Kapal-kapal yang membuat jalan sendiri ke Gaza tidak akan melakukan apa-apa untuk membantu orang di sana," klaim Yigal Palmor, jurubicara Kementerian Luar Negeri Israel, pada hari Selasa kemarin (25/5).
Pemerintah Israel mengatakan kapal-kapal kargo tersebut akan dihentikan sebelum mereka sampai sempadan Gaza. Setiap aktivis yang berada di dalam kapal akan ditangkap, menurut media Israel.
Meskipun adanya ancaman itu, semua aktivis pro Palestina bertekad untuk menyelesaikan misi mereka, lapor koresponden Press TV Hassan Ghani, yang ikut menyertai konvoi.
"Jika Israel menyerang salah satu kapal, dan mereka menangkap para aktivis, tindakan itu melanggar hukum internasional," tambah koresponden Press TV.
Sembilan kapal dari Turki, Irlandia, Britania dan Yunani - yang disebut armada Kebebasan (Freedom Flotilla) - akan berlayar menuju Gaza pada Rabu/Kamis malam.
Konvoi armada kebebasan membawa ribuan ton bahan konstruksi, peralatan medik dan perlengkapan sekolah, serta sekitar 750 aktivis.
Sementara itu, Turki telah mengancam Israel bahwa langkah apapun untuk menghalang armada akan menghadapi tanggapan dari Turki.
Israel telah melakukan sekatan di Gaza, merampas bahan bakar sekitar 1,5 juta warga Palestin, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan keperluan lain sejak tahun 2007.(fq/prtv)
31 MEI 2010 israel laknat telah mengotakan kata2 nya lg apabila menyerang kapal Mavi Marmara yg membawa misi bantuan kemanusiaan international ke gaza.Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.
Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.
Difahamkan tentera rejim Yahudi telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.
Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.
“Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak,” katanya di sini hari ini.
Dua warganegara Malaysia – wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani – menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.
Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.
Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.
Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.
Lihatlah kekejaman Israel laknatullah ini yg tidak berperikemanusiaan dan layak dipanggil binatang.Walaubagaimanapun bersama-sama lah kita semua berdoa agar konvoi diteruskan dan selamat sampai dan selamat melakukan misi berat ini..
hidup gaza
gambar sukarelawan yg sedan sembahyang di atas kapal
inilah kapal Mavi Marmara yang diserang oleh tentera zionis
antara sukarelawan yang berada di atas kapal Marwi Marmara
No comments:
Post a Comment